Jangan Ambil Ringgan Terhadap Penyakit

Ahad, 28 Januari 2018

Alhamdulillah saya peluang untuk berkongsi cerita tentang apa yang berlaku pada petang Tadi.

Petang tadi saya dan kakak saya melawat kawan abang ipar saya yang ditahan wad kerana Ada Ketumbuhan dikepala.

Saya berasa sangat kasihan melihat kawan abang ipar saya, kerana saya rasa saya tidak mampu menanggung apa yang dia rasa jika ianya berlaku kepada saya.

Kawan abg ipar saya ini adalah seorang perempuan. Sebenarnya punca utama dia masuk ke hospital bukan kerana ketumbuhan tetapi kerana beliau jatuh dan terus koma.

Apabila hal ini berlaku, pihak hospital mengambil langkah untuk scan. Apabila scan baru tahu ada ketumbuhan di kepala.

Dia dalam keadaan mengandung twin. Di sebabkan dia koma sehingga lebih kurang seminggu. Bayi beliau tidak dapat diselamatkan. Dan pembedahan Dikepala berjalan lancar.

Dia ditebuk dibawah leher Untuk menyalurkan makanan semasa koma. Disebabkan tebukkan tu , dia ditahan wad lebih lama. Kerana dia perlu membuat rawatan seterusnya kerana dia kelihatan lebih teruk kerana ditebuk dibahagian bawah leher. Seperti ada jangkitan yang berlaku dibahagian itu.

Kakak saya beritahu bawa, dia memang kerap sakit.tetapi tidak pergi ke hospital hanya pergi ke perubatan kampung. Sehingga tidak tahu bahawa dikepalanya sudah ada ketumbuhan.

Di sini saya ingin menasihati, bahawa tidak salah untuk perubatan kampung tapi perlu juga pergi ke Hospital Untuk kita tahu apa Masalah sebenar kesihatan kita.

Saya tidak menafikan ada penyakit yang datang daripada alam ghaib yang kita tidak nampak dengan realiti tetapi ianya ada.

Kita juga perlu tahu hari ini macam-ii penyakit yang boleh kita hadapi.

Jaga kesihatan dengan cara yang betul.

JIKA ANDA INGIN MENGETAHUI BERKAITAN VITAMIN KESIHATAN SHAKLEE BOLEH HUBUNGI  SAYA 0196431747 aishaH,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS