Kulit Kusam ,Kasar dan Rambut Gugur : Ikhtiar dengan VIVIX






Kebaikan, Khasiat & Manfaat Lobak Ungu (Purple Carrot)
Lobak ungu mempunyai warna yang terang dan telah ditanam sejak tahun 2,000 sebelum masihi lagi. Rasanya lebih manis berbanding lobak biasa yang berwarnna oren. Lobak ungu ni bukan sahaja cantik dipandang tapi sangat kaya dengan khasiat antioksidan dan pelbagai jenis nutrien di dalamnya. Di antara kebaikan, khasiat dan manfaat Lobak Ungu ialah:-

1) Tinggi Kandungan Antioksidan
Warna ungu pada lobak ungu ni disebabkan oleh sebatian antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin. Antioksidan berfungsi melawan serangan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel secara kekal dan penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung dan kolestrol tinggi.
Dengan menambah anthocyanin kedalam diet harian kita, ia boleh membantu tubuh untuk menurunkan paras kolestrol jahat (LDL), di samping membantu melindungi sistem saraf terutamanya dalam otak yang sangat mudah rosak akibat oksidasi.


2) Rendah Kalori
Secara semulajadinya, lobak ungu ni memang rendah kalori. Maka, suka hati kitalah nak makan banyak mana sekalipun lobak ungu ni. Menurut Persatuan Diet Amerika, 1 cawan lobak ungu mentah memberi 25 kalori dan 5 gram karbohidrat.
1 cawan lobak ungu kukus pula mengandungi 50 kalori dan 10 gram karbohidrat. Wah, sangat elok dijadikan snek atau menu harian orang yang dalam proses nak turunkan berat badan ni. Mesti cepat kurus nanti


3) Tinggi Kandungan Serat
Serat merupakan komponen penting dan sangat bermanfaat dalam membantu proses penghadaman serta penyerapan nutrien dengan lebih pantas. Lobak ungu memberikan 8 gram serat untuk setiap auns hidangan lobak ungu mentah.
Serat yang terkandung di dalam lobak ungu ni adalah mudah larut, menyerap air dalam saluran penghadaman dan membentuk kandungan seperti gel. Apabila kandungan ini melalui saluran pembuangan, ia dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan sekaligus turut menstabilkan paras gula dalam darah.


#LobakUngu; Bahan Utama Dalam Vivix Shaklee


Lobak ungu merupakan salah satu ramuan istimewa daripada 4 jenis ramuan ekslusif di dalam tonik botanikal Shaklee yang dikenali sebagai Vivix.

#testimonishaklee #shakleeffect #shakleebest#shaklee #pengedarshaklee #liveamazing#tsunamishaklee

ODER @ JADI AHLI

Shaklee Consultant
Shaklee Independent Distributor
AnaAishah
0196431747

0 ulasan:

Catat Ulasan