Zaman sekolah Rendah yang Tak Dapat Dilupakan

Lebih kurang 7 tahun dah scha tiggalkan zaman sekolah rendah. Alhamdulillah scha sekarang dah masuk zaman Universiti . Alhamdulillah masa UPSR , PMR dan SPM scha dapat keputusan yang terbaik dalam hidup scha. 



Masa zaman sekolah rendah scha seorang pengawas .Mula darjah 3 lagi scha dah jadi pengawas. hehe garang orang nya scha ini.. Zaman sekolah zaman scha tulis nama orang. even sekolah menengah pon 

Apa seronoknya  jadi pengawas ini ? 

Bila jadi pengawas kita akan cuba untuk manage masa dengan baik sebab kita ke sekolah bukan sahaja untuk belajar tetapi melaksanakan tugasan lain. 

Kita juga akan mengajar diri kita untuk menjadi lebih berdisiplin, sebab  kita nak tunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar lain. Di sekolah pengawas lah terkenal dengan tingkah laku yang baik. 

Menjadi seorang pengawas kita perlu menjadi seorang yang penyabar kerana kita akan sentiasa berhadapan dengan orang yang bermasalah atau sengaja buat masalah di sekolah. 

Dulu masa scha sekolah even scha seorang pengawas, scha tetap berkawan dengan budak-budak nakal. bagi scha selagi masalah itu tak berlaku depan mata scha, scha tak akan ambil tindakan sesuka hati. Budak nakal dengan pengawas still berjalan raya bersama kot .. hehe 


menjadi seorang pengawas disekolah merukan memori yang tak dapat scha lupakan. 

RINDU Zaman KANAK-KANAK yang tidak memikirkan masalah   :) 

0 ulasan:

Catat Ulasan