Masa zaman sekolah rendah scha seorang pengawas .Mula darjah 3 lagi scha dah jadi pengawas. hehe garang orang nya scha ini.. Zaman sekolah zaman scha tulis nama orang. even sekolah menengah pon
Apa seronoknya jadi pengawas ini ?
Bila jadi pengawas kita akan cuba untuk manage masa dengan baik sebab kita ke sekolah bukan sahaja untuk belajar tetapi melaksanakan tugasan lain.
Kita juga akan mengajar diri kita untuk menjadi lebih berdisiplin, sebab kita nak tunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar lain. Di sekolah pengawas lah terkenal dengan tingkah laku yang baik.
Menjadi seorang pengawas kita perlu menjadi seorang yang penyabar kerana kita akan sentiasa berhadapan dengan orang yang bermasalah atau sengaja buat masalah di sekolah.
Dulu masa scha sekolah even scha seorang pengawas, scha tetap berkawan dengan budak-budak nakal. bagi scha selagi masalah itu tak berlaku depan mata scha, scha tak akan ambil tindakan sesuka hati. Budak nakal dengan pengawas still berjalan raya bersama kot .. hehe
menjadi seorang pengawas disekolah merukan memori yang tak dapat scha lupakan.
RINDU Zaman KANAK-KANAK yang tidak memikirkan masalah :)
0 ulasan:
Catat Ulasan