CINTA JARAK JAUH

Isnin, 25 Januari 2016

Bissmillahhirrahmanirrahim

Alhamdulilah hari ni kita masih diberi peluang untuk hidup di Bumi Allah. Hari ini scha nak kongsikan  CINTA JARAK JAUH (CJJ). Seronok ke CJJ ni. Kalau bercinta tapi jauh buat apa, baik tak payah kan ? adakah awak semua berfikir sebergitu? Kalau berfikir macam tu buang jauh-jauh pemikiran macam tu okey J  Sedangkan Hubungan Kita Dengan Allah Pon Secara CJJ. Kita tak pernah jumpa Allah tapi kita tahu Allah selalu ada untuk kita , sayangkan kita and kita sentiasa  rindukan-Nya. Ini menunjukkan bercinta jarak jauh itu lebih baik. Cinta itu Anugerah yang Allah bagi kepada Setiap HambaNya.  Setiap manusia akan merasai Cinta.

Dulu duduk dekat rumah, balik sekolah dah jumpa mak and ayah. Cinta itu tak jauh dari kita. Tapi sekarang bila dah masuk U. Dah duduk jauh dengan mak ayah baru kita tahu betapa besarnya Cinta mereka. Baru kita tahu erti rindu, hargai and sayang mereka. Bila Cinta Itu Jauh kita akan makin merasai bertapa bermaknanya Cinta tersebut kepada kita.

Sekarang bila semakin besar kita mula ingin berCinta dengan seseorang yang akan kita jadikan teman hidup suatu hari nanti. Bila kita dah jumpa orangnya, kita berdoa agar insan tersebutlah Jodoh Kita.
 Tapi kita terpaksa harungi CJJ untuk meneruskan Hubungan tersebut
Cinta Jarak Jauh akan mengenalkan kita dengan hargai, rindu, sayang, memerlukan, kesetian, kejujuran  , kepercayaan dan penantian. Setiap yang bercinta jarak jauh itu akan merasainya. Tapi dalam percintaan tersebut ada juga rasa tersiksa. Bukan senang untuk kita menahan kerinduan. Kesiksaan dalam bercinta jarak jauh antara manusia ini bukan semua orang boleh menahannya.

Mungkin bercinta jarak jauh tapi masih boleh mesaj , boleh whatsapp, boleh call. Kita msih boleh untuk menanahan kesiksaan tersebut tapi. Tapi jika cinta itu tidak mengizikan kita untuk menghubungi dirinya bagaimana ?  kita boleh menghubunginya melalui perantaraan CInta Kita Dengan Allah. Hubungan dengan Allah itu dapat kita mengharugi segalanya. Jika kita berpegang dengan ketentuan yang Allah telah TETAP kan. Cinta Jarak Jauh Antara Manusia kita mampu laluinya. Jika kedua insan tersebut berpegang kepada apa yang telah Allah katakan. Allah dah kata sejak azali lagi Jodoh kita telah ditetapka. Jika Jodoh Itu jauh Dilautan pon jika dia Jodoh Kita Maka di akan ada disisi kita suatu hari nanti.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS